SPF

Apakah itu SPF?

SPF adalah singkatan dari Sun Protection Factor iaitu Faktor perlindungan matahari. Beberapa skala digunakan bagi mengukur tahap perlindungan yang disediakan oleh pelindung matahari.

Nombor SPF pada pekej boleh diukur dengan kadar serendah 2 sehingga 100. Nombor ini merujuk kepada sejauh mana keupayaan sesuatu produk itu untuk menghalang atau melindungi kulit dari kesan pancaran matahari.

Bagaimana ia diukur?

Biasanya SPF 25 digunakan dalam kebanyakkan produk di pasaran. Ketahanan SPF 25 dapat diukur begini:

SPF 25 x 10 = 250 minit (tahap ketahanan terhadap pancaran cahaya matahari)

Lindungi kulit anda.

Lindungi kulit anda.

Namun, kesilapan yang biasa berlaku adalah dengan menganggap tempoh keberkesanan pelindungan matahari boleh diambil kira secara terus dari hasil pendaraban ini. Faktor lain juga perlu diberi perhatian kerana jumlah pendedahan matahari terhadap kulit adalah lebih bergantung kepada tempoh masa yang dihabiskan di bawah matahari, waktu dalam hari, geografi dan keadaan cuaca.

Sayangi dan lindungi kulit anda hari ini.