Teknik mengikat tali leher

how to wear a tie

Teknik mengikat tali leher | Tali leher merupaka aksesori yang biasa digayakan dengan pakaian kasual dan formal. Ia adalah penting untuk anda mengetahui teknik ikatannya mengikut kesesuaian masa, acara dan tempat yang bakal dikunjungi.

Sesetengah pekerjaan juga mungkin mensyaratkan pemakaian tali leher bagi mewujudkan persekitaran yang lebih formal. Pemakaian tali leher juga memberikan impak yang lebih bagus dalam pekerjaan dan mewujudkan kesan hebat dalam sesuatu kerjaya. Jadi tidak hairanlah jika kebanyakkan syarikat ternama mewajibkan penggunaan tali leher dan sangat mementingkan penjagaan imej bagi menjaga reputasi sakaligus menghasilkan mutu kerja yang berkualiti.

Di bawah adalah 3 teknik asas yang boleh dipraktikan untuk mengikat tali leher:

Single knot

Teknik ikatan yang paling mudah untuk dipelajari dikenali sebagai single knot. Ia merupakan teknik asas dalam mengikat tali leher. Ikatan single knot adalah yang paling sesuai untuk acara kasual kerana tidak terlalu banyak masa yang perlu dihabiskan dihadapan cermin. Mungkin anda boleh siap mengingatnya sejurus sebelum anda keluar dari pintu rumah.

single knot

Half Windsor knot

Half Windsor knot merupakan teknik yang lebih mudah berbanding Double Windsor knot. Sebaik sahaja anda mahir dalam ikatan tali leher ini, teknik seterusnya akan menjadi lebih mudah untuk dipelajari. Ikatan Half Windsor adalah lebih formal dan biasanya dipakai dalam persekitaran pejabat dan kurang sesuai untuk acara kasual.

half-windsor-tie-knot

Full Windsor Knot

Ikatan tali leher jenis Full Windsor adalah amat sesuai untuk majlis rasmi dan tidak sesuai untuk acara kasual. Ikatan sebegini adalah dikhaskan untuk ke acara formal seperti menghadiri mesyuarat penting dan untuk pembentangan perniagaan.

full-windsor-tie-knot

Ia adalah penting untuk setiap lelaki mahu pun wanita bekerjaya mengetahui dan mempelajari jenis ikatan tali leher. Anda cuma perlu mempelajari tiga jenis ikatan di atas dan mempraktikannya.

Percayalah, ianya tidak sukar seperti yang anda bayangkan, apabila sudah biasa, pasti segalanya menjadi mudah!

Untuk dapatkan khidmat konsultansi mudah dari iDazzle Image,

sila email ke: idazzleimage@gmail.com.

3 ikatan asas tali leher

how to wear a tie

3 ikatan asas tali leher | Mempelajari lebih dari satu teknik pemakaian tali leher adalah bonus bagi anda. Tidak semua jenis tali leher adalah sesuai dengan jenis kolar kemaja yang dipakai. Berikut adalah jenis ikatan asas tali leher yang perlu anda tahu.

single knot

Single knot berbentuk asimetri.

half windsor knot

Half Windsor berbentuk simetri.

double windsor knot

Double Windsor berbentuk tiga segi dan lebih lebar.

Secara umumnya kini anda telah mengetahui jenis ikatan asas tali leher. Nantikan teknik yang mudah untuk anda mempraktikan pemakaian tali leher ke tempat kerja dalam topik seterusnya.

Untuk dapatkan khidmat konsultansi mudah berkaitan ikatan asas tali leher dari iDazzle Image,

sila email ke: idazzleimage@gmail.com.